Chinese CONQURE?

[ Please note, this is a very sensitive matter in our country ]
[ About the fractions of the racial and right of races in Malaysia ]

conqure the hights~

I would like to apologize and I think there are some things that I should to HIGHLIGHTS.

I’m not like to argue ( or debating and rowdy) or crave for a victory, but I feel the need to explain and to change the RIGID of perceptions. 

When you said about
“Andai kata kita rela cina yang memerintah, hilanglah islam, hilanglah melayu.”
“Dimana kita nak duduk kalau tanah air sendiri bagi bangsa asing yang memerintah tanah melayu?”
where is the RATIONAL to point that??????????????

Especially when we realize the fact of the racial composition in Malaysia.
I’m not said that google is HARAM.. Yes, u may use it if u willing to and sure for our goods.
( You can google about “KOMPOSISI KAUM DI MALAYSIA )
( You also can surf the web of JABATAN PERANGKAAN NEGARA)

Bumiputera are MORE than 67%
Chinese are LESS than 25%
Indian also only around 7%
Rest are Others, around 0.8% 

How about the composition of religious in Malaysia?
ISLAM is MORE than 61% (bumiputera are NOT necessarily Muslims)
Buddha is LESS than 20%
Hinduisme are only 6%
Christians are around 9%
Others or athist is less than 2%

I BELIEVE our chinese friends are realise about this.
They wont be able to “CONQUER” this country or be the Prime Minister even if they won the majority of parliments.
The Prime Minister’s certainly are MALAY and ISLAM’s because the majority of citizens are Malay (bumiputera) and the other important point is, they wont have ability if they only compete NOT MORE than 50 seats of 222 seats provided.
These are FACTS and not a “fantasy”

Please realise and remember, this is a MONARCHICAL and a CONSTITUTIONAL country. Everything you said is so ridiculous and contrary to reality of the system of our country. Do not show your superficiality.  -______-“

Those things will not happen as long the systems of this country are not change.

IMPOSSIBLE TO BE CHANGED as long as :
- The Rulers are Malay and descendants of Malay.
- Islam remains the religion of the federation.
- The majority of the people are Malays.
- The majority religion is Islam.
- The law is still in ENFORCEABLE
- Still many people are intelligent and open-minded. (not too rigid and shallows) 

Last but not least, remind ur word. Especially “sedarlah”, you the first should be REALISE the truth base on facts and our “PERLEMBAGAAN”.

This is a DEMOCRATIC and the Multiracial country.

Be AWARE, DONT be rude and DONT be selfish to retain our harmony

This is not a joke and a serious reminder to myself and all my Malaysian friends. 

walalhu a’lam~ 

#unite againts RACISM!
# Islam for All
# Respect between races and religious are AWLA in side of ISLAM’s

MALAY + ChineSe + IndIAN = MALAYSIAN = A FAMILY

Sebagai seorang yang telah ditarbiyyah, pastinya banyak perkara yang perlu dipelihara dan diamalkan.

Dalam bab menghadiri sidang mesyuarat, beberapa perkara perlu kita fahami.
Dalam banyak perkara, kefahaman situasi dalam mesyuarat terutamanya perselisihan pendapat adalah antara perkara yang perlu kita sedia maklum.

Perselisihan pendapat adalah lumrah dalam bermesyuarat.
Semestinya akan ada yang mahu mempertahankan hujah dan juga memberi pertikaian dan juga pandangan yang berbeza.

Bagi orang yang ditarbiyyah, selain dimulakan dengan Ummul Kitab, kemudian memuji Allah s.w.t serta selawat keatas baginda s.a.w, sidang mesyuarat perlulah :

  • - Niat untuk berbincang perkara yang tidak haram

  • - Mempunyai agenda yang jelas serta cukup persediaan

  • - Menghormati etika mesyuarat

  • - Menjaga adab

  • - Tidak merendahkan sesiapa

  • - Hormat juga pandangan orang lain

  • - Tidak ego mahupun riak

  • - Percaya bahawa pandangan sendiri bukanlah yang paling bagus berbanding orang lain

  • - Percaya juga akan ada pandangan yang lebih baik

  • - Tidak terlalu beremosi

  • - Hujah dibalas hujah yang berhikmah

  • - Tidak menggunakan kekerasan mahupun cacian atau herdikan

  • - Yakin serta jelas dalam menyampaikan hujah

  • - Tidak menyentuh hal-hal peribadi

  • - Bercakap apa yang perlu dan tidak bercakap kosong

  • - Buka peluang kepada orang lain untuk memberi pendapat

  • - Banyakkan istighfar dan juga selawat
  • - Banyakkan istighfar dan juga selawat
  • - Banyakkan istighfar dan juga selawat

  • - Tidak melakukan PROVOKASI atau mengajuk hujah mahupun individu

  • - Padat dengan maklumat serta keperluan mesyuarat

  • - Tidak LARI daripada agenda

  • - Memanfaatkan masa bermesyuarat

  • - Kelemahan dalam mesyuarat tidak dihebahkan keluar dan perlu diselesai segera

  • - Membuat khulasah (kesimpulan) yang tepat dan padat

  • - Menyatakan permasalahan untuk diselesai, bukan untuk menjatuhkan

  • - Menerima keputusan mesyuarat dengan hati terbuka

  • - Redha dan yakin bahawasanya keputusan mesyuarat itu adanya rahmat

  • - Menutup sidang mesyuarat dengan tazkirah ringkas, tasbih kaffarah serta surah Al-A’sr dan doa Robita

  • - Senyum, peluk, bersalaman dan bermaafan antara muslimin sesama muslimin, muslimin sesama muslimat
jagalah adab mesyuarat~

jagalah adab mesyuarat~

wallahu a’lam~

1. SOLAT~
Siapa kata 13 rukun solat itu tetap?

  • - Boleh tinggalkan solat, tapi perlulah  hilang kewarasan (gila).
  • -  Boleh solat duduk kalau tak mampu berdiri.

  • -  Boleh solat berbaring kalau tak mampu duduk.

  • - Boleh gerakkan mata atau membayangkan sahaja pergerakan solat sekurang-kurangnya kalau dah sampai tahap langsung tak  mampu bergerak!

  • - Boleh jama’ serta qasarkan solat  jika bermusafir.

2. JAGA AURAT~
Siapa kata penjagaan aurat itu banyak songeh & rasa nak jadi sexy? 

  • - Muslimat boleh pakai skirt pendek, tapi elok sangat depan suami sahaja!

  • - Tak nak pakai tudung, “cover”  jelah dengan baldi!

  • - Boleh tak pakai apa-apa depan isteri, tak pun masa dalam bilik mandi…

  • - Terperlihara diri daripada fitnah dan pandangan yang jahat.
  • - Meningkatkan darjat, terutamanya muslimat!

3. PUASA~
Siapa kata puasa itu kebuluran?

  • - Boleh berbuka jika ada rukhsah dan keuzuran.

  • - Bukannya tak boleh jamah apa-apa langsung, ada waktu berbuka.

  • - Malah digalakkan makan yang berkhasiat.

  •  - Baik untuk sistem pencernaan dan penghadaman.
  • - Menjadikan tubuh sihat serta segar dan terhindar daripada penyakit.

4. ZAKAT~
Siapa kata kita akan rugi?

  • - Bukan kena bayar banyak pun.

  • - Lebih murah berbanding cukai itu dan ini.

  • - Harta menjadi berkat, hati  pun sejahtera.

5.  SEDEKAH~
Siapa kata harta kita akan habis dan menjadi miskin? 

  • - Sebut Subhanallah pun sedekah.

  • - Sebut Alhamdulillah pun sedekah.

  • - Sebut Allahu Akbar pun sedekah.

  • - Buat amalan baik itu pun sedekah.

  • - Bagi sedikit, balasannya berganda.

  • - Tak mampu sangat, senyum jelah tanda sedekah!

6. HAJI~
Siapa kata haji susah dan kita kena selalu pergi haji?

  • - Pergi kalau ada kemampuan dari segi harta mahupun tenaga.

  • - Sekali sahaja seumur hidup.

  • - Itupun kalau nama “naik” dalam senarai Tabung Haji.

     

Siapa kata ISLAM itu susah???
Senang cerita sebenarnya dalam Islam ini

TAK PAYAH pun solat, 

TAK PAYAH puasa,

TAK PAYAH zakat,

TAK PAYAH sedekah,

TAK PAYAH buat haji ,

TAK PAYAH pun nak buat apa-apa!
Really Simple…

WALLAHU A’LAM~

islam mudah dijadikan cara hidup

**tak payah = TAK SUSAH PUN !!!

Assalamua’laikum Warrahmatullahi Wabarakatuh…………..

Segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah s.w.t,
Salah satu perkara wajib yang di perintahkan oleh Allah S.W.T kepada para hamba-Nya adalah menutup aurat. Kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji.
Di dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh.

Semakin ramai wanita sekarang diuji dengan menutup aurat yg sempurna. Ramai yang memakai tudung tetapi masih dikira tidak menutup aurat kerana tidak menjaga beberapa bahagian yang terdedah terutama betis atau lengan tangan.
Bentuk baju juga kebanyakannya ketat hingga nampak susuk tubuh.
Begitu juga tak ramai wanita yang memakai tudung labuh kerana tudung inilah satu-satu tudung yg menutup dada wanita.

KENAPA WANITA MUSLIM PERLU MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA?

Ramai wanita muslim hari ini tidak mengambil berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.

Islam tidak melarang jika sekiranya wanita muslim ingin menggunakan fesyen terkini di zaman moden ini tetapi pakaian tersebut biarlah digunakan daripada kain yang tidak terlalu nipis dan reka bentuk pakaian tersebut mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.

Corak dan warnanya perlulah sederhana tidak terlalu cerah hingga mendatangkan daya tarikan kepada orang yang melihatnya.

Jika syarat-syarat tersebut di patuhi maka tidak menjadi masaalah wanita muslimah menampilkan diri dengan pakaian yang memenuhi cita rasa semasa pada masa yang sama tidak bercangah dengan syariat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk perbincangan lebih lanjut mengenai aurat wanita perlulah dijelaskan beberapa kesilapan wanita tentang aurat supaya kita dapat mencari kesilapan tersebut dan dapat di perbaikinya.

TERDAPAT BEBERAPA KESILAPAN WANITA TENTANG AURAT :

  • Pertama  : Wanita menganggap aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  • Kedua    : Bertudung tetapi ber’T-Shirt’ berlengan pendek.
  • Ketiga    : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  • Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  • Kelima : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  • Keenam : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  • Ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  • Kelapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  • Kesembilan : Kesalahan bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
  • Kesepuluh : Memakai baju kurung tetapi lengannya telus nampak atau tidak dipinkan hingga menampakkan kulit lengan.

Kesemua jenis berpakaian yang disebut di atas adalah diharamkan secara sepakat seluruh ulama Islam.
Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mukminah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki).
Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain.
Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Sahabat yang dimuliakan,
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja.
Ia adalah tidak tepat sama sekali.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
”Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir”
[ Surah an-Nur ayat 31 ]

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud ‘perhiasan’ perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t memerintahkan kepada para wanita supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah s.w.t tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi S.A.W seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.ha, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian lelaki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.”
[ Surah an-Nur ayat 31 ]

Sahabat yang dihormati,
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadis bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu :

1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian .” 
[ Hadis Riwayat Muslim ]

Dr. Yusof Al-Qardawi menafsirkan hadis di atas, katanya :
“Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.” 
[ Kitab Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi ]

Perkataan ‘bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai punuk besar; rambut orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik perkara ghaib, seolah-olah Rasulullah S.A.W melihat apa yang akan terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda S.A.W berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.”
[ Hadis Riwayat Abu Daud ]

Nabi S.A.W bersabda maksudnya :
“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya).” 
[ Hadis Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245 ].

Menurut Imam Mujahid, hadis ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi S.A.W memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulllah S.A.W memuji dan menyebut hadis di atas.
[ Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831 ]

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah S.W.T sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

Perlu diingat bahawa wanita muslim perlu menjaga suaranya kepada lelaki yang bukan mahramnya. Walaupun seorang wanita bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” 
[ Surah al-Ahzab ayat 32 ]

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita memberi nasihat kepada kaum muslimat semua samaada isteri, ibu, kakak, adik perempuan, ibu saudara , saudara mara perempuan dan rakan-rakan di pejabat agar mereka sentiasa menutup aurat yang sempurna.

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-hadis, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah S.W.T maksudnya :

Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” 
[ Surah Al-A’raf ayat 20 ]

Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan”
[ Surah Al-A’raf ayat 26 ]

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan makhluk lain yang tiada cukup kemampuan dan akal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, syurga dan neraka juga benar. Sesungguhnya salah satu ciri-ciri ahli syurga adalah akhlak, perbuatan, percakapan dan pakaiannya memenuhi kehendak syariat Allah S.W.T.

Wallahu a’lam~

download (1)

Jom contohi 10 sifat fardi Muslim..

  1. Akidah yang sejahtera
  2. Ibadah yang sahih
  3. Akhlak yang mantap
  4. Berpengetahuan luas
  5. Kuat tubuh badan
  6. Mampu berdikari
  7. Mujahadah mengawal nafsu
  8. Sangat menjaga waktu
  9. Tersusun urusannya
  10. Bermanfaat untuk orang lain

 Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya
sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna
menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkanNya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.

Maksud Islam ialah Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peaturan dan undang-undang yang merangkumi pengaturan kehidupan manusia  baik individu, kekeluargaan, kemasyarakatan
dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Allah dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan, kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat .

Islam sbagai Ad-Dinn  mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh
dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring.

Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia serta akhirat.

Pengertian “Ad-Dinn”

Perkataan “Ad-Dinn”  dalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama.

Maksudnya suatu cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau
suatu pegangan hidup .
Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam.
Maka jika dua perkataan itu digandingan, ia menjadi Agama Islam yang membawa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup
yang menjamin segala keselamatan di dunia dan akhirat .

Firman Allah (bermaksud);
“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.
[surah Al-Imran ayat 19.]

Wallahu a’lam~

Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara lelaki dengan perempuan yang ajnabi hampir sudah menjadi tradisi.
Seakan-akan tradisi yang meruntuhkan akhlak Islam ini mesti ditegakkan.
Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya.
Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh serta menfitnah anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, memecah belahkan bangsa mahupun adat,
menggoyahkan niat baik dan sebagainya.

Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada meminum air.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sungguh ditusuknya kepala salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”

(Hadis Riwayat At-Thabrani)

Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun juga berzina.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Dan adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ?
Bahkan baginda turut berhati-hati dalam bab ini serta mengatakan :

“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita”

(Hadis riwayat Ahmad)

Beliau juga bersabda :

“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita”

(Hadis riwayat Ath Thabrani)

Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:

“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.”

(Hadis riwayat Muslim)

Daripada sekecil-kecil sentuhan itulah akan timbul kebiasaan melakukan kemungkaran sehingga merebaknya kemaksiatan!

Sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan caranya yang bersalahan syara’.

Hendaknya takutlah kepada Allah…
Orang-orang yang mengancam menceraikan isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan yang bukan mahramnya meskipun memakai alas, hukumnya tetap HARAM.

Biarpun ana beralas tangan, namun hati ana tidak terbatas.
Khuatir daripada itu akan timbulnya keinginan untuk melampaui batas keharusan hubungan antara kita.

Dan yang lebih penting sebenarnya, diri kamu adalah anugerah Allah s.w.t.

Ana Hormati Kamu Kerana Dirimu Bergitu BERHARGA~

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: