Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadhan ialah turunnya kitab suci Al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam Al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud :
“Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”
[ Surah al-Baqarah, ayat 185 ]

Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi s.a.w.

Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran.
Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu daripada Rukun Iman. 

bacalah!
Erti Nuzul al-Quran
“Nuzul” bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.

Al – Quran’  pula bermaksud bacaan atau himpunan.
Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia.

Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Nama-Nama Lain
Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.
Proses Penurunan al-Quran : Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.

13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

Kehebatan al-Quran

1. Allah berfirman yang bermaksud :
“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.”
[Surah al-Israa’, ayat 88]

2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud:
“dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”
[al-Baqarah, ayat 23].

5.  Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.”
[al-Baqarah, ayat 2]

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah S.W.T. Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud:
“Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” 


Tuntutan Al-Quran
Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya :

1.Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.

2
.Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.

3
.Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.

Peringatan
Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
Al-Quran tidak menjadi syifa’ (penawar) bagi orang yang ingkar dan zalim.
Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
 
Pesan Nabi S.A.W :
Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis). 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: