Abdullah Ibn Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Islam tertegak atas lima rukun :

Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad s.a.w adalah hambaNya serta RasulNya.

Mendirikan solat
Membayarkan zakat
Mengerjakan Haji
Puasa pada bulan Ramadan

Agama Islam adalah diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang.
Tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah.
Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan, yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu.
Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana satu dari tiang sokongan yang di penjuru itu hilang, maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.
Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan agama Islam itu.
Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?

Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadis ini menunjukkan kewajiban-kewajiban yang penting bagi seseorang Islam.
Sungguhpun tidak mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya,
namun solat – dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman.

Kata Abdullah Ibn Mas’ud,
“Ada sekali kutanya pada Rasulullah s.a.w. amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah s.w.t?”
Jawab Baginda s.a.w.,
“Solat.” 
Kemudian kutanya,
“Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)?” 
Jawab Baginda s.a.w,
“Menghormati dua orang ibubapa.”
Kataku lagi,
“Selepasnya apa lagi?”
Jawab Baginda,
“Jihad.”

Mulla Ali Qari mengambil hadis ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajiban agama yang penting selepas Iman.
Ini diperkuatkan lagi oleh sebuah hadis yanag diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: