Nama : Fathimah Binti Muhammad

Gelaran : Az-Zahra  [ Putih Berseri ]

Julukan : Ummu al-Aimah, Sayyidatu Nisa’, al-‘Alamin, Ummu Abiha

Ayah : Muhammad Rasulullah s.a.w

Ibu : Khadijah Binti Khuwailid

Tempat/Tarikh Lahir : Makkah, Hari Jum’at, 20 Jumadi al-Tsani (Jamadil akhir)

Hari/Tarikh Wafat : Selasa, 4 Jamadi Awwal Tahun 11 H

Umur : 18 Tahun

Makam:  Perkuburan Baqi’ (Madinah)

Jumlah Anak : 4 orang; 2 laki-laki dan 2 perempuan

Putera : Hasan dan Husein

Puteri : Zainab dan Ummu Kaltsum

Riwayat Hidup

Di antara anak wanita Rasulullah s.a.w,
Fathimah Az-Zahra a.s, merupakan wanita paling utama kedudukannya.
Kemuliannya itu diperoleh sejak menjelang kelahirannya, didampingi wanita suci sebagaimana yang diucapkan oleh Khadijah :

Pada waktu kelahiran Fatimah a.s, aku meminta bantuan wanita-wanita Quraish. Namun mereka menolak mentah-mentah sambil mengatakan bahwa aku telah menghianati mereka dengan menyokong Muhammad. Sejenak aku bingung dan terkejut luar biasa ketika melihat empat orang tinggi besar yang tak kukenali dengan lingkaran cahaya disekitar mereka mendekati aku. Ketika mereka mendapati aku dalam kecemasan salah seorang dari mereka menyapaku :

Wahai Khadijah! Aku adalah Sarah, ibunda Ishaq dan tiga orang yang menyapaku adalah Maryam, Ibunda Isa, Asiah, Putri Muzahim, dan Ummu Kultsum, Saudara perempuan Musa. Kami semua diperintahkan Allah untuk mengajarkan ilmu perawatan kami jika kamu bersedia”.

Sambil mengatakan hal tersebut, mereka semua duduk di sekelilingku
dan memberikan layanan kebidanan sampai puteriku Fathimah a.s lahir.

Meningkat usia 5 tahun, beliau telah ditinggal pergi ibunya.
Tidak secara langsung beliau menggantikan tempat ibunya dalam membantu Rasulullah s.a.w, sehingga beliau mendapat gelaran Ummu Abiha (ibu dari ayahnya).
Dan dalam usia yang masih kanak-kanak,
beliau juga telah dihadapkan kepada berbagai macam dugaan.

Beliau melihat dan meyaksikan perlakuan keji kaum kafir Quraish kepada ayahandanya,
seringkali pipi beliau basah berlinangan air mata kerana melihat penderitaan yang dialami ayahnya.

Ketika Rasulullah pindah ke kota Madinah beliau ikut berhijrah bersama ayahnya.
Selang beberapa tahun setelah hijrah pada tanggal 1 dzulhijjah, hari jumaat, tahun 2 Hijrah,
beliau menikah dengan Ali bin Abi Thalib.

Dari pernikahannya suci yang diberkati oleh Allah SWT,
beliau dikurniakan dua orang putra;
Hasan dan Husein serta dua orang puteri, Zainab dan Ummi Kaltsum,
mereka semua terkenal sebagai orang yang soleh, baik dan pemurah hati.

Fathimah bukan hanya seorang anak yang paling berbakti pada ayahnya,tetapi juga sebagai seorang isteri yang setia mendampingi suaminya dalam apa jua keadaan serta sebagai pendididk terbaik kerana telah berjaya mendidik anak-anaknya.

Masa-masa indah bagi beliau adalah ketika hidup bersama Rasulullah s.a.w.
Beliau mempunyai tempat agung disisi Rasulullah sehingga digambarkan di dalam kitab Thabari Hal 40,

Siti Aisah berkata:
Aku tidak melihat orang yang perilaku mirip dengan Rasulullah s.a.w seperti Fathimah as. Apabila datang kepada ayahanya, menciumnya, menyambut gembira dan mengiringnya lalu ke tempat duduk.
Apabila Rasulullah datang kepadanya, ia pun berdiri menyambut ayahandanya dan mencium tangan beliau s.a.w.

Tidak hairan, jika setelah kepergian baginda Rasulullah, beliau sangat sedih dan berduka cita, hatinya menangis sepanjang waktu.
Namun perlu diketahui bahwa kesedihan dan tangisannya itu bukanlah semata-mata kehilangan Rasulullah s.a.w tetapi juga beliau melihat kelakukan umat sesudahnya yang sudah banyak menyimpang dari ajaran ayahnya, dimana penyimpangan itu akan membawa kesengsaraan bagi kehidupan mereka.

Sejarah mencatatkan bahawa Sayyidah Fathimah Az-Zahra setelah kepergian Rasulullah s.a.w tidak pernah senyum dan tertawa.
Sejarah juga mencatatkan bahawa antara beliau dengan khalifah pertama dan
kedua terjadi perselisihan tentang tanah Fadak juga beberapa permasalahan lain.
Menurut Sayyidah Fathimah a.s tanah itu adalah hadiah dari ayahnya untuk dirinya,
namun khalifah berkata :

Nabi tidak meninggalkan sesuatu untuk keluarganya,
warisan nabi berubah statusnya menjadi sedekah,
digunakan untuk kem
aslahatan kaum muslimin

Kehidupan Fathimah az-Zahra a.s, wanita agung sepanjang masa adalah kehidupan yang diwarnai kesucian, kesederhanaan, pengabdian, perjuangan dan pengorbanan bukan kehidupan yang diwarnai kemewahan yang ramah dan lembut.

Fathimah hanya hidup tidak lebih dari 75 hari setelah kepergian ayahnya.
Fatimah r.ha bangun dari tidur dengan wajah yang ceria dari biasa.
Pada waktu tengah hari pada hari itu, beliau dikatakan telah memanggil Salma binti Umays yang sedang menjaga beliau pada ketika itu.
Fatimah r.ha meminta sedikit air untuk mandi.

Kemudian beliau mengenakan pakaian baru dan memakai wangi-wangian.
Seterusnya Fatimah r.ha meminta Salmah meletakkan katilnya di halaman rumah.

Dengan wajahnya memandang ke arah langit, beliau memanggil suaminya, Ali a.s.
Beliau terkejut melihat isterinya yang sedang berbaring di tengah halaman itu dan bertanya jika ada sesuatu yang tidak kena.

Fatimah r.ha hanya tersenyum sambil menjawab :

Aku ada temujanji dengan Rasulullah s.a.w. pada hari ini.

Ali mula menangis dan Fatimah r.ha cuba menenangkan beliau.
Beliau berpesan kepada Ali agar menjaga anak-anak mereka Hassan dan al-Husein.
Beliau juga berpesan agar jenazahnya dikebumikan tanpa sebarang upacara.
Beliau telah dimandikan dan dikuburkan pada malam hari secara rahsia
mengikut wasiat yang telah diwasiatkan oleh Sayyidah Fatimah r.ha sendiri.

Ketika pengkebumiaannya,
Ali r.a. dan anak2 mereka serta beberapa orang sahabat yang tertentu sahaja hadir.
Makam Sayyidah Fatimah r.ha sehingga ke hari ini masih lagi tidak diketahui.
Setelah itu, beliau memandang kembali ke langit,
memejamkan matanya lalu menyerahkan jiwanya ke pangkuan Illahi.

WALLAHU A’LAM~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: