Menjaga tingkah laku masih belum cukup.
Walaubagaimana warak anda sekalipun,
belum layak bagi anda untuk ber’dating’ bersama yang dicintai selagi belum bernikah.

gambar hiasan

Ini berdasarkan pendapat serta panduan yg digariskan oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam bab batas pergaulan dalam kitab Fatawa Al Maratul Muslimah.

Berdasarkan garis panduan itu juga, pasangan bercinta sebelum nikah telah terkeluar daripada panduan tersebut.

Ini kerana selain daripada wajibnya seseorang itu menjaga pandangan, aurat, akhlak, mengelakkan tabarruj,
2 perkara penting yang sering  TERTINGGAL  adalah :
i) WAJIB ada mahram bersama.
Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka.
Ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya,

(Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan)

Tidak patut membiarkan api dan kayu bersama
(makin ‘terbakar’ lah kalau dibiarkan berdua)

Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat seperti ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ii) HATI perlu dipelihara.
Perlu dipastikan tidak ada terniat didalam hati suatu perasaan yg ditegah.

Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat
(contoh: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan.
Tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan
berbual-bual kosong, bergosip-gosipan.
Ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah.

Berapa ramai yang sudah bertunang, keluar TANPA ditemani mahramnya.
Apatah lagi yang tiada apa-apa ikatan.

Dan betapa ramai yg boleh yakin hati mereka tidak akan diulit perkara yg ditegah syara’?

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
[maksud surah al-Isra’ ayat 32]

Terdapat beberapa cabang zina yang wajib dijauhi dan antaranya ialah ZINA HATI.

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.

Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina?

Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.

Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama,
secara automatik perasaan rindu akan terbit.

Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

Ini bukanlah pendapat saya dan saya tidak juga menolak pendapat yang lain.
Tetapi pendapat ulama‘  itu adalah lebih baik kita terima kerana pendapat yg diberikan itu
bukan berdasarkan akal semata-mata.

Jika anda melakukannya, anda tidak layak digelar a’lim.
Tetapi sebenarnya JAHIL!

Kita tidak boleh memaksa seseorang itu untuk menerima sesuatu pandangan,
tetapi kita perlulah memastikan mereka ikut apa yg disyariatkan.

Itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita mengamalkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran.

wallahu a’lam~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: