Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam.
Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam.
Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk
mengembangkan Islam dengan aman.
Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu
dan sempurna diwujudkan.
Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Soalnya, bilakah Rasulullah s.a.w serta beberapa orang yang taat perintah rasul dan Allah s.w.t melakukan hijrah dari kota Mekah ke kota Madinah?

Jawapannya, Rasulullah s.a.w dan umat Islam Mekah berhijrah pada 12 Rabiul Awal, tahun ke13  Nabi Muhammad menjadi Rasul. Bersamaan 2 Julai 622 masihi dan bukanlah pada tarikh 1 Muharram seperti mana yang ramai fahami.

Jadi, bagaimana pula timbul pendapat yang mengatakan ianya berlaku pada bulan Muharram? 

Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah.
Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun,  Saidina ‘Umar al-Khattab r.a   membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah.

Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi.
Maka, telah berlaku salah faham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram.
Itu andaian yang tidak tepat.

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam.
Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam.
Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a.
Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama.
Bulan apakah yang sesuai???
Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan.
Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a  menolaknya kemudian memilih bulan Muharram.

Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji.

Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
Fahamkan dan Sebarkan…

wallahu a’lam~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: