Yang dikatakan golongan anjing, ustaz anjing atau ulama anjing adalah golongan yang faham serta arif  tentang agama,
tetapi menjual agama.

gambar hiasan
***tiada kena mengena dengan anjing yang masih hidup atau yang telah mati***

Mereka memperkatakan tentang hukum agama serta hal agama demi kepentingan duniawi.
Sedangkan kedudukan mereka lebih hina berbanding anjing disisi Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t (maksudnya) :
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad),
khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai)
ayat-ayat kami.
Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya,
maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat.
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu,
tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya;
maka bandingannya seperti ANJING,
Jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya,
dan jika engkau membiarkannya, dia juga menjelirkan lidahnya.
Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami.
Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”.
[ Surah al-A’raf : ayat 175-176 ]

Ayat ini telah menyamakan ulama’ yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing.
Golongan ini juga menyembunyikan hakikat demi menjaga kepentingan diri,
pangkat dan nama serta mungkin kerana fahaman politik yang berbeza.

Padahal jika mereka berpegang atas prinsip ilmu yang benar,
mereka akan mendapat kemuliaan.
Namun mereka gopoh dengan silauan tawaran dunia,
sampaikan ada yang sanggup menyembunyikan hakikat
dan juga berpihak kepada yang salah.

Samalah mereka seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya.
Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya,
atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya.

Demikian gambaran bagi ilmuwan atau ulama’ yang sentiasa kepanasan kerana
gilakan dunia
atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan,
lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain
sehingga sanggup menyembunyikan hakikat yang sebenar.

Bagi ulama yang telah menyembunyikan kebenaran
dan menyelewengkan fakta yang sebenar,
tiada jalan untuknya mendapat keampunan melainkan taubat
dan menerangkan semula kebenaran yang disembunyikan
atau fakta yang diselewengkan.

Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai
dan menyatakan kebenaran.
Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu.
Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya.
Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat,
atau pihak berjasa lagi dikasihi.

Sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam,
wajib baginya membetulkan niatnya.
Jangan ada fikiran tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan,
atau menjadi penceramah yang lumayan,
atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas,
atau melariskan bisnes.

Jika itu berlaku dari awal,
maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan
hanya apa yang digemari oleh orang ramai,
atau apa yang diminati di pasaran,
atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu.

Maka Nabi s.a.w mengingatkan :
“Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya,
tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia,
maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.”
 

Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. ]
[ Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin ]

Jagalah kesucian kalam Allah dan janganlah didustakan.

wallahu a’lam~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: