Allah s.w.t mewahyukan kisah Zulkarnain kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w dapat mengenali dan menyampaikan kisah tentang Zulkarnain kepada para sahabat dan umatnya biarpun baginda tidak pernah bertemu atau mengkaji tentang Zulkarnain.
Ilmu diterima secara terus daripada Allah s.w.t. dan dirakamkan di dalam Al-Quran.

“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Zulkarnain. Katakanlah :
“Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya.”
[Al-Kahfi ayat 83]

Zulkarnain dikatakan mempunyai kerajaan dan kekuatan yang hebat dan beliau akan bertemu 3 bentuk kaum dalam perjalanannya.
Di awal perjalanan, beliau akan ke barat dan bertemu suatu golongan yang tidak beragama.

“Hingga apabila dia telah sampai ketempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam[*] di dalam laut yang berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat[**].
Kami berkata: “Hai Zulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan[***] terhadap mereka.”
[Al-Kahfi ayat 86]

Keterangan :

[*] – Sampai ke pantai sebelah barat di mana Zulqarnain melihat matahari sedang terbenam.

[**] – Ialah umat yang tidak beragama.

[***] – Iaitu dengan menyeru mereka kepada beriman.

————————————————————————–

Beliau menyebarkan agama dan perintah Allah dalam perjalanannya.
Sesiapa yang beriman, akan dijamin keselamatannya.
Manakala sesiapa yang tidak beriman kepada Allah diberi peringatan yang keras.

Berkata Zulkarnain: “Adapun orang yang aniaya, maka kami kelak akan mengazabnya, kemudian dia kembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya.
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan dan akan kami titahkan kepadanya (perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami.”

[al-Kahfi ayat 87 & 88]

————————————————————————-

Zulkarnain meneruskan perjalanan kesebelah timur dan bertemu pula dengan suatu kaum yang lain.

“Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari[*] itu, dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya. “
[al-Kahfi ayat 90 & 91]

[*] – Menurut sebagian ahli tafsir bahwa golongan yang ditemui Dzulqarnain itu adalah umat yang miskin tetapi berilmu.

————————————————————————-

Perjalanan Zulkarnain diteruskan sehingga bertemu sebuah lagi kaum menetap di antara dua gunung.

“Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak memahami perkataan[*].” 
[al-Kahfi ayat 93]

[*] – Mereka tidak memahami bahasa orang lain, kerana bahasa mereka amat jauh berbeza dari bahasa yang lain dan mereka pun tidak dapat menerangkan maksud mereka dengan jelas.

————————————————————————–

Mereka cuba mengadu.

Mereka berkata :
“Hai Zulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj[*] itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat tembok antara kami dan mereka?”

[al-Kahfi ayat 94]

[*] – Ya’juj dan Ma’juj ialah dua bangsa yang membuat kerosakan di muka bumi, seperti yang telah dilakukan oleh bangsa Tartar dan Mongol.

– Bangsa sekarang ini yang mungkin boleh dibayangkan adalah Amerika dan Yahudi yang sewenangnya mencabuli keamanan serta hak orang lain. Tidak  mustahil juga jika bangsa Melayu masa kini juga dibayangkan seumpama itu kerana kian hilang peradabannya.

—————————————————————————

Zulkanain menjawab:
“Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepada aku adalah lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah aku dengan tenaga (kamu beramai-ramai), aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketulan-ketulan besi”

sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata :

“Tiuplah dengan alat-alat kamu” 

sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia :

“Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. 

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

(Setelah itu) Zulkarnain berkata lagi : 
“Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar”. 
[al-Kahfi ayat 95 hingga 98]

Zulkarnain dan pengikutnya bersama-sama kaum yang ditemuinya itu membina sebuah tembok tinggi dan sebesar gunung daripada acuan besi dan tembaga.

Subhanallah… Al-Quran membuktikan zaman sebelum Rasulullah s.a.w sudah pun maju dan hebat.

Membuktikan juga orang beriman juga bukanlah mundur seperti mana yang dikhabarkan oleh barat bahwa zaman dahulu terutamanya Islam adalah mundur dan tidak berteknologi.

Hakikatnya, yang mundur itu adalah masyarakat barat itu sendiri.
Apatah lagi mereka terpaksa menempuhi zaman Renaissance (zaman kebodohan) sebelum Ideologi serta ilmu daripada cendikiawan Islam DICIPLAK & DIOLAH bagi pembangunan mereka.

[ Terjemahan tentang kisah Zulkaranain dengan Ya’juj & Ma’juj ]

————————————————————————–

Allah s.w.t. juga berfirman,

“Kami biarkan mereka di hari itu[*] bercampur aduk antara satu dengan yang lain, kemudian ditiup lagi[**] sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya dan Kami nampakkan Jahannam pada hari itu[***] kepada orang-orang kafir dengan jelas, iaitu orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup dari memperhatikan tanda-tanda kebesaran-Ku, dan adalah mereka tidak sanggup mendengar.”
[ al-Kahfi ayat 99 hingga 101 ]

[*] – Di hari kehancuran dunia yang dijanjikan oleh Allah.

[**]- Tiupan yang kedua iaitu tiupan sebagai tanda kebangkitan dari kubur dan pengumpulan ke padang Mahsyar, sedang tiupan yang pertama ialah tiupan kehancuran alam ini.

[***] – Pada hari makhluk di padang Mahsyar dikumpulkan.

————————————————————————–

Wallahu taa’la A’lam~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: