Harus Dibaca Oleh Setiap Mereka Yang Bergelar Muslimah



Kebanyakan Muslimah tidak berapa cakna atau lebih malang lagi jika mereka tidak tahu menahu langsung akan perkara ini.

Dalam ilmu Fiqh khususnya Bab haid yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam.
Kenapa hal ini boleh terjadi?

Amat susah untuk mencari seorang guru atau ustazah yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa atau mesti dirujuk juga kepada ustaz- ustaz.
Contohnya yang paling simple, bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam,

“Adakah wajib seorang muslimah menqhada’kan solat yang ditinggalkan ketika haid?”
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan,

“Alaa… Itu soalan mudah jee… Bila datang period maka solat tu tak perlu qadha’.
Yang perlu qadha’ hanya puasa jee…”

Itulah yang mereka belajar sejak mula-mula bergelar wanita dahulu.

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang Muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali  yang masyhur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fiqh yang luas, inilah bukti kehebatan ulamak terdahulu.

Dalam BAB TIGA :
“Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah”
perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha’ bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha’ solat Zohor dan Asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha’ solat Maghrib dan Isya’.

“Dan hal ini (qadha’ solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam”
(Imam al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha’ solat Asar dan Zohor?
Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar.
Maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas).

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha’ sama?
Kerana didalam hukum menjama’kan solat, (menghimpun solat bagi orang musafir)
solat Asar boleh dijama’ dan diqasarkan bersama solat Zohor.

++ Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak).
Boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi.
langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada’ solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama.
Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh.
Kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya sudah kering semasa masih dalam waktu Isya’.

++ Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha’ solat Maghrib.
Diatas kecuaiannya
(tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat)
mungkin darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi.
-sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan.
Mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh.
Hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku.

++ Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha’  juga solat Maghribnya.

Sila rujuk :
Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2) Cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan ini dapat memberi kesedaran kepada seluruh Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.

~wallahu a’lam~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: