about

AFRADUL MUSLIMIN bermaksud INDIVIDU-INDIVIDU MUSLIM.

DALAM GERAK UTAMA MEWUJUDKAN :

– INDIVIDU MUSLIM (AFRADUL MUSLIMIN)
– KELUARGA ISLAM 
– MASYARAKAT ISLAM
– NEGARA ISLAM

Disamping berusaha untuk menyebarkan ilmu serta ukhuwah.

AfraduL Muslimin bukan sahaja untuk berbicara & membincangkan topik yang berkaitan dengan agama semata-mata. Malah boleh juga kita kongsikan pendapat serta Ilmu, INSYA ALLAH ianya bermanfaat di dunia dan akhirat.

Ayuh kita sampaikan kebaikan walau 1 ayat dan mengamalkan yang makruf serta mencegah kemungkaran.

Daripada Abu Mas’ud iaitu ‘Uqbah bin ‘Amral-Anshari al-Badri r.a, katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda
(yang bermaksud) :

“Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu.”

[Hadis Riwayat Muslim]

Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) : “Anjurkanlah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”

AFRADUL MUSLIMIN diuruskan oleh seorang yang bukan ustaz, ulama’, mufti, atau Ahli Fatwa Kebangsaan. 

Adalah penting untuk kita merujuk kembali kepada ustaz dan ulama’ serta kitab terhadap segala ilmu atau pandangan yang diperolehi agar ianya mudah bagi kita sampaikan dan mengamalkannya. 

Maafkan kami jika kurang hikmah dalam berhujah dan perkongsian di sepanjang mengelola AFRADUL MUSLIMIN.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca secebis ilmu dan maklumat serba sedikit tentang dunia Islam dari hamba yang hina ini. 

“Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama” 
– Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi –

Insya Allah..

WALLAHU A’LAM~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: