1. SOLAT~
Siapa kata 13 rukun solat itu tetap?

  • Boleh tinggalkan solat, tapi perlulah  hilang kewarasan (gila).
  • –  Boleh solat duduk kalau tak mampu berdiri.

  • –  Boleh solat berbaring kalau tak mampu duduk.

  • – Boleh gerakkan mata atau membayangkan sahaja pergerakan solat sekurang-kurangnya kalau dah sampai tahap langsung tak  mampu bergerak!

  • – Boleh jama’ serta qasarkan solat  jika bermusafir.

2. JAGA AURAT~
Siapa kata penjagaan aurat itu banyak songeh & rasa nak jadi sexy? 

  • – Muslimat boleh pakai skirt pendek, tapi elok sangat depan suami sahaja!

  • – Tak nak pakai tudung, “cover”  jelah dengan baldi!

  • – Boleh tak pakai apa-apa depan isteri, tak pun masa dalam bilik mandi…

  • – Terperlihara diri daripada fitnah dan pandangan yang jahat.
  • – Meningkatkan darjat, terutamanya muslimat!

3. PUASA~
Siapa kata puasa itu kebuluran?

  • – Boleh berbuka jika ada rukhsah dan keuzuran.

  • – Bukannya tak boleh jamah apa-apa langsung, ada waktu berbuka.

  • – Malah digalakkan makan yang berkhasiat.

  •  – Baik untuk sistem pencernaan dan penghadaman.
  • – Menjadikan tubuh sihat serta segar dan terhindar daripada penyakit.

4. ZAKAT~
Siapa kata kita akan rugi?

  • – Bukan kena bayar banyak pun.

  • – Lebih murah berbanding cukai itu dan ini.

  • – Harta menjadi berkat, hati  pun sejahtera.

5.  SEDEKAH~
Siapa kata harta kita akan habis dan menjadi miskin? 

  • – Sebut Subhanallah pun sedekah.

  • – Sebut Alhamdulillah pun sedekah.

  • – Sebut Allahu Akbar pun sedekah.

  • – Buat amalan baik itu pun sedekah.

  • – Bagi sedikit, balasannya berganda.

  • – Tak mampu sangat, senyum jelah tanda sedekah!

6. HAJI~
Siapa kata haji susah dan kita kena selalu pergi haji?

  • – Pergi kalau ada kemampuan dari segi harta mahupun tenaga.

  • – Sekali sahaja seumur hidup.

  • – Itupun kalau nama “naik” dalam senarai Tabung Haji.

     

Siapa kata ISLAM itu susah???
Senang cerita sebenarnya dalam Islam ini

TAK PAYAH pun solat, 

TAK PAYAH puasa,

TAK PAYAH zakat,

TAK PAYAH sedekah,

TAK PAYAH buat haji ,

TAK PAYAH pun nak buat apa-apa!
Really Simple…

WALLAHU A’LAM~

islam mudah dijadikan cara hidup

**tak payah = TAK SUSAH PUN !!!

Leave a comment