Archive for November 19, 2011

Lelaki Dan Inai~


Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan ulama’ berpendapat bahawa hukum lelaki memakai inai di kuku atau jarinya adalah di antara haram dan makruh.

Inai merupakan antara kebanyakan perhiasaan wanita.
Makanya, haram bagi lelaki memakai inai dijari sebagai perhiasan.

Imam An-Nawawi berpendapat dalam fatwa al-Majmu’,
lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka.

Ulama’ juga berpendapat, Inai yang digunakan untuk perubatan (medication) adalah
tidak mengapa.
Walau bagaimanapun, hukumnya adalah Makruh. ( dibenci )

Tindakan memakai inai sebagai perubatan adalah jalan terakhir selepas tiada alternatif lain bagi mengubati sesuatu penyakit pada jari.
Manakala memakai Inai di rambut atau janggut lelaki adalah HARUS.
( dibenarkan )

Ini berdasarkan Dalil :

Daripada Ibnu Sirin, katanya :
“Aku bertanya kepada Anas bin Malik :
Adakah Rasulullah SAW mencelup rambut Baginda?”

Jawab Anas :
“Baginda tidak kelihatan beruban, kecuali pada janggutnya nampak beberapa helai rambut putih.”

Kata Ibnu Sirin :
“Aku bertanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?”

Jawab Anas : ‘
“Ada. Dengan inai.”

[ Hadis riwayat Muslim ]

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W.
Lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda (bermaksud) :

“Aku tidak tahu ini tangan lelaki atau perempuan.” 

Perempuan itu menjawab :

“Aku adalah seorang wanita.”

Baginda bersabda :

“Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.”

[ hadith riwayat Abu Dawud ]

wallahu a’lam ~